Nie Rupanya Rahsia Seorang Bapa Memakai Baju Yang Sama Selama 20 Tahun Akhirnya Terbongkar!…Pasti Buat Anda Tersentap…
Baju lusuh itu pernah terkoyak beberapa kali, tetapi si bapa akan menjahit semula dan memakainya dan perkara itu dilakukan untuk tempoh masa yang lama.
Kita semua akan menghargai sesuatu yang dekat dengan kenangan kita. Ia mungkin pengalaman bersama seseorang atau barangan yang dikongsi bersama atau berkenaan orang disayangi.
Bagi seorang wanita pula, dia berasa pelik dengan perangai bapanya yang memakai kemeja-T polo berwarna hijau kuning sama sejak 20 tahun.
Baju lusuh itu pernah terkoyak beberapa kali, tetapi si bapa akan menjahit semula dan memakainya dan perkara itu dilakukan untuk tempoh masa yang lama.
Kerana terlalu berminat untuk mengetahui “rahsia” di sebalik baju bapanya itu, wanita tersebut, Riaru meyelak barangan lama milik datuknya.
Dia ternyata terkejut dan terharu dengan kisah di sebalik baju hijau kuning itu dan berasa terpanggil untuk berkongsinya dengan netizen sebagai menghormati cinta bapanya terhadap ibunya.
Rupanya bapa dan ibu Riaru memakai baju sama, dalam warna kontra ketika mereka berbulan madu.
Ibu Riaru meninggal dunia akibat kanser kira-kira 18 tahun lalu.
“Saya ingin tahu mengapa beliau suka sangat baju itu dan memakainya sepanjang masa walaupun boleh membeli yang baharu. Rupa-rupanya, baju itu memberi kenangan istimewa kepadanya.
“Beliau memakai baju itu untuk apa sahaja majlis atau ke mana sahaja beliau keluar,” tulis Riaru dalam Twitternya.
Mungkin bapa Riaru mempunyai kenangan lebih bernilai mengenai baju dan isterinya atau kenangan memakai baju itu ketika berbulan madu yang tidak dapat dilupakan, hanya beliau sahaja yang tahu.
Jarang sekali kita dengar kisah cinta sejati begini, kecuali dalam filem. Tetapi tidak bermakna ia tidak wujud kerana ramai yang tidak memilih menceritakannya, seperti bapa Riaru.
Yang penting, hargai kasih selagi orang tercinta itu masih ada.
Comments
Post a Comment