''Pakcik Nak Jual Telefon Nie, Nak Hantar Duit Untuk Anak Belajar Di Universiti'', Lelaki Kongsi Kisah Sedih Buat Netizen Sebak
Ayah dan ibu sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anak-anak dapat hidup dengan selesa walaupun serba kekurangan. Mereka sanggup mengorbankan kepentingan sendiri agar anak-anak dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. Begitulah pengorbanan ayah dan ibu biarpun tidak terlihat oleh anak-anak.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh Syahr Musafir melalui laman facebooknya. Coretan lelaki ini pasti menjentik hati setiap dari kita. Manakan tidak, seorang ayah tua sanggup menebalkan muka, menjaja telefon usang miliknya untuk dibeli oleh sesiapa pun demi menangung perbelanjaan anak di universiti.
Mari kita ikuti kisah ini. Moga dapat dijadikan pengajaran oleh anak-anak di luar sana agar menghargai jasa ibu dan ayah hingga ke akhir hayat mereka.
"Assalamu'alaikum, maaf ganggu. Nak beli telefon tak?"
Aduhhh, biasanya orang muda yang approach sebegini nak jual telefon. Memang tak belilah. Ini pak cik tua begini, serba salah jadinya bagaimana nak cakap tak nak.
"Wa'alaikumsalam wbt. Maaf, pak cik. Kita tak nak," saya memberi respon, kelam-kabut, sebab gabra. Saya memang guna 'kita' kalau bercakap dengan orang tua.
"Allah... Pak cik sebenarnya dah tahu tak ada orang nak beli telefon pak cik yang tak seberapa ni. Tetapi pak cik nak cuba jual juga, nak hantar duit untuk anak pak cik, dia belajar di universiti..." balas pak cik ini.
Saya terpaku di situ, tak tahu nak respon apa.

"Anak ni, mesti kerja pejabat, ada gaji tetap... Dulu belajar di universiti?" tanyanya.
Saya mengangguk, senyum.
"Mesti susah kan belajar di universiti dulu, banyak pakai duit," pak cik ini seakan ajak sembang.
Saya menjawab, "Ada jugalah. Zaman sekarang kan pak cik, semua guna duit..."
"Anak pak cik belajar di Universiti XYZ (bukan nama sebenar) di Kedah. Banyak nak guna duit masa belajar. Sabtu lepas hantar RM200 kepada dia, untuk duit makan. Semalam dia telefon, nak duit sebab barang makan bertambah mahal sekarang, tak cukup."

Otak saya ligat berkira-kira, bagi RM200 pada hari Sabtu, hari ini Khamis, maksudnya lebih kurang 6 hari, duit dah nak habis. Kalau ada baki RM20 hari ini, maknanya 6 hari sudah habiskan RM180 untuk makan - jadi, anaknya guna RM30 untuk makan dalam 1 hari.
Saya terdetik nak bertanya, "Mungkin di sana makanan mahal ke camne... Anak pak cik tak ada PTPTN ke, biasiswa ke, apa ke, yang boleh ada duit lebih.. Kerja part-time ke?"
Jawabnya, "Ada PTPTN, tapi anak pak cik kata tak cukup pun. Sikit je PTPTN tu..."
Saya mengurut dada. "Saya tak dapat nak beli telefon pak cik ni. Maaf ye, pak cik.." saya minta diri, jangan tanya saya ada bagi duit ke apa ke kepada pak cik ni ye.
Terfikir, RM30 untuk seorang lelaki bujang makan untuk 1 hari, bagi saya mahal sangat. Ibaratnya RM10 untuk breakfast, RM10 lunch dan RM10 untuk dinner.
Flashback dulu, semasa zaman belajar di universiti, saya makan roti waktu pagi, tengah hari kebanyakannya bawa bekal roti juga, malam baru jumpa nasi. Makan malam nasi pun, saya ambil sayur dua atau tiga jenis, yang ada ikan bilis goreng gitu, supaya ada rasa. Nak protein, saya makan sayur yang ada sumber protein (contohnya tempe, tauhu, bayam) atau makan telur.

Air teh O ais yang RM1 segelas. Bukan kedekut, tetapi jimat. Ini kisah saya di INTEC (Shah Alam) dulu, sahabat baik saya Dr Qamarus Salikin memang tahulah saya berjimat macam mana. Jadinya, nasi makan malam tu RM2 atau RM3 je (sebab nasi putih lauk sayur dua atau tiga jenis).
Roti tu pun RM3.55 (Gardenia, sandwich bread) tu sebungkus panjang boleh tahan 3 hingga 4 hari satu bungkus roti. Tak sampai RM10, confirm. Jimat, sebab saya tahu saya bukan orang senang. Sekali-sekala masa hari duit biasiswa/elaun JPA masuk, ada juga beli makan sedap-sedap. Tetapi sekali-sekala je la.
Zaman sekarang, harga barang makin meningkat, tak sepatutnya jadi sebab untuk kita sebagai mahasiswa nak 'menyusahkan' ibu bapa secara berlebihan. RM30 untuk makan 1 hari, bagi saya, ini tak logik. Si anak habiskan RM200 dalam masa 6 hari, sedangkan si ayah bergolok-gadai nak cari duit untuk tanggung perbelanjaan anak. Sampai kena jual telefon, sedangkan telefon itu keperluannya.
Sebagai mahasiswa, sudah menjadi TANGGUNGJAWAB kita berjimat, uruskan kewangan dengan bijak dan seterusnya berikhtiar cari duit jika tak cukup. Beli keperluan sahaja, jangan beli gajet yang tak perlu. Beli makanan berpatutan, bukan guna duit yang ibu bapa bagi untuk belanja pakwe/makwe. Beli pakaian yang perlu, bukan beli pakaian branded atau stylo sedangkan kita tak mampu.
Sanggup tak makan dan ikat perut sebab simpan duit sendiri nak beli iPhone saya tak kisah, tetapi sanggup minta duit berkali-kali daripada ibu bapa yang susah di kampung sebab nak enjoy di bandar besar adalah tidak wajar.
Saya bukan menuduh, tetapi saya kenal mahasiswa-mahasiswi universiti yang hanya guna PTPTN boleh survive di KL, Johor, Terengganu. Ada antara mereka yang kerja part-time, ada yang jadi dropshipper, ada buat bisnes online dan sebagainya. Sebab nak tampung kos pengajian, kehidupan, tanpa meminta duit daripada ibu bapa. Si anak pak cik ini yang habiskan RM200 dalam masa 6 hari ni, guna duit buat apa? Kalau beli buku, cakaplah beli buku, bukan cakap tak cukup duit nak makan.

Comments
Post a Comment