Posts

Showing posts from June, 2018

Nie Namanya OTAK Dah Tak Betul!!! Nak Glamer Sekali Pun Jangan Sampai Anak Yang Masih Kecil Nih Kau Suap Dengan ‘ROKOK’! Viral Nih Tular Mendapat Kutukan Ramai NETIZEN!!!…

Image
SEORANG lagi bayi merokok menjadi tajuk utama berita, tetapi sekurang-kurangnya insiden terbaru ini berjaya ditangani segera. Dalam kejadian di Indonesia, seorang lelaki ditahan kerana memasukkan rokok yang sudah dicucuh api ke dalam mulut anaknya yang masih kecil. Gambar tersebut yang telah tular mula dimuat naik di Facebook pasangan suami isteri tersebut, membawa polis mengenal pasti bayi itu yang didedahkan sebagai AI, sembilan bulan. AI, adalah anak lelaki Muzammil, yang berusia 36 tahun dan isterinya, Ummu, 18 tahun dari sebuah kampung di Bangkalan, Jawa Timur. Polis tempatan telah menangkap Muzammil, yang mengakui bahawa dia sedang merokok di dalam bilik apabila bertindak meletakkan rokok di mulut anaknya dan gambar mereka itu dirakam. “Kami menahan bapanya kerana meletakkan rokok di mulut bayi, walaupun bayi itu anaknya sendiri,” kata jurucakap polis Bangkalan, Bidarudin memetik Tribun, Khamis. Apa yang lebih mengejutkan, menurut polis, lelaki tersebut sempat be

Gempak!!! Bila Pemuda Belasan Tahun Menikahi JANDA 40an Anak 5, Jadi Buah Mulut Netizen! Buatkan Bapa Pengantin Dedah Cerita SEBENAR buat Ramai Ternganga!!!

Image
KUALA PENYU: Sudah suka sama suka, biarkanlah…doakan mereka bahagia, itu kata Matalin Utam, 52, bapa kepada remaja lelaki yang gambarnya bernikah dengan ibu tunggal anak lima berusia 42 tahun yang viral baru-baru ini. Matalin berkata, Mohd Sufie, 18, menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan ibu tunggal itu beberapa hari sebelum hari bernikahan mereka. Matalin juga mengakui dia terkejut sebaik mendengar hasrat Sufie itu namun akur dengan hasrat anaknya itu. Pada mulanya saya terkejut sebab dia pilih wanita lebih berusia, tapi bila fikir balik saya dan isteri tiada masalah. Kami gembira dan merestui perkahwinan mereka, asalkan tidak buat apa-apa perkara yang tak betul. Pagi tadi Sufie datang ke rumah, saya pesan kepadanya sekarang dia bukan lagi bujang, tetapi sudah ada tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada lima anak tiri, kena layan anak-anak itu seperti anak sendiri. isterinya Janawiyah Ocat ketika ditemui dikediaman mereka di Kampung Kekapor, Kuala P

Kau Nak Sangat Laki Aku Kan…Nak Sangat Duit Dia Kan…Ha Kau Makan Duit Nih!!! Rasakan!!!…Padu Lah ‘Naik Hantu Perempuan Nih’ Buat Ramai Tercengang!!!

Image
APAKAH hukuman yang sesuai kerana mengadakan hubungan sulit dengan suami kawan anda? Tular sebuah video di Indonesia yang menunjukkan seorang wanita ‘naik angin’ ketika berdepan seorang rakannya yang didakwa merampas suaminya. Dalam video itu, wanita yang dikenal pasti di media sosial sebagai Bu Dendy, dari Jawa Timur itu telah merakamkan situasi dia bersama rakannya itu yang dituduh menggoda suaminya kerana wang. Adegan itu mungkin menjadi konfrontasi paling mahal apabila Bu Dendy mencampakkan banyak keping wang kertas Rp100,000 (RM27.40) dan Rp (RM13.70) kepada kawannya. Kemarahannya semakin membuak-buak apabila dia berkata: “Kamu hanya mahu wang suami saya! Makan semua ini! Kamu boleh beli sebuah rumah! Ini wangnya! dan berapa nilai harga diri kamu?.” Video itu yang dianggap dramatik dilaporkan pertama kali dimuat naik oleh Bu Dendy sendiri di laman Facebooknya, sebelum segera tular di media sosial Indonesia dengan ramai yang menjadikan ia sebagai bahan lawak. “Ada

Mengemparkan Para Isteri Bila Wanita Nih Kongsi Rahsia Dimadukan Suami…Ada Aku Kisah?!!…

Image
Bila dengar suami nak kahwin lagi je, mesti ramai isteri jadi berang. Tapi lepas baca coretan seorang isteri ni, tak sagka ramai yang setuju. Ada logiknya. Tak caya jom baca. Kongsikan jika bermanfaat. PENING KEPALA SIMPAN SUAMI “TAK ELOK” Bagi sy senang.. Pergilah nak nikah pun. Xmau rebut klu dh xelok..kan kan. Buat apa simpan. Stress. Lelaki ni makin tua nmpk je handsome sbb mrk tak beranak. Isteri jaga mkn pakai masalah dia pun kita selesaikan. Ada nmpk lelaki /suami lps pejabat pakai lawa2. .wangi..romantic lps kawin…? Klu isteri tak ganti pelikat, tak panggil mandi dan solat, tak hidang mkn…xterurus lah anak org tu. Itu belum lg lupa nak flush toilet, sidai tuala, tukar stokin… JANGAN LUPA UCAP TERIMA KASIH KEPADA MADU BARU Relaks…salam tgn bakal madu tu…ucap terima kasih. Nak sgt ‘jaga’ suami kita. Perempuan ni klu ada suami org suka kat dia, mrk tiba2 akan rasa spt wirawati! Lelaki dh masuk umur 40an..xde masa dah nak layan tgk wayang, shopping, masuk dapur bagai.

Baju LAWO… Badan MONTOK… Sampai Keadaan Biliknya..!!! SUMPAH AKU Tak Cari Jodoh Macam NIH "JOM TENGOK" !!

Image
Selalu sangat dah perihal gadis cantik dalam menjaga penampilan tapi pemalas untuk menjaga kebersihan bilik mereka sendiri atau pun rumah. Bukan tidak pernah kita baca di media sosial facebook, apabila tuan rumah viral kan kes rumah yang terbiar dalam keadaan yang sangat kotor setelah habis menyewa. Paling menyedihkan apabila kesemua penghuni rumah sewa itu adalah wanita! Jadi jangan nak terpedaya sangat dengan wnaita cnatik ni tapi kebersihan tak pandai nak jaga. Satu lagi kes memalukan terjadi pada seorang perempuan yang menjadi tular di internet. Pada awalnya gadis yang bernama Alyssa ini mengambil gambar dan ingin menunjukkan baju yang dikatakan glamour dan dimuat naik ke media sosial. Ketika itu Alyssa berada di dalam biliknya dan mengambil gambar berhadapan dengan cermin. Namun apa yang terjadi sangat memalukan bagi seorang wanita yang cantik bergaya apabila netizen mengecam keadaan biliknya yang sangat bersepah dengan baju baju. Gadis yang berasal dari Louisiana, Am

Nie Rupanya Rahsia Seorang Bapa Memakai Baju Yang Sama Selama 20 Tahun Akhirnya Terbongkar!…Pasti Buat Anda Tersentap…

Image
Baju lusuh itu pernah terkoyak beberapa kali, tetapi si bapa akan menjahit semula dan memakainya dan perkara itu dilakukan untuk tempoh masa yang lama. Kita semua akan menghargai sesuatu yang dekat dengan kenangan kita. Ia mungkin pengalaman bersama seseorang atau barangan yang dikongsi bersama atau berkenaan orang disayangi. Bagi seorang wanita pula, dia berasa pelik dengan perangai bapanya yang memakai kemeja-T polo berwarna hijau kuning sama sejak 20 tahun. Baju lusuh itu pernah terkoyak beberapa kali, tetapi si bapa akan menjahit semula dan memakainya dan perkara itu dilakukan untuk tempoh masa yang lama. Kerana terlalu berminat untuk mengetahui “rahsia” di sebalik baju bapanya itu, wanita tersebut, Riaru meyelak barangan lama milik datuknya. Dia ternyata terkejut dan terharu dengan kisah di sebalik baju hijau kuning itu dan berasa terpanggil untuk berkongsinya dengan netizen sebagai menghormati cinta bapanya terhadap ibunya. Rupanya bapa dan ibu Riaru memakai

"Dulu Asal Jumpa Mesti Gaduh, Sekarang Siap Landing Atas Riba" Lelaki Ini Kongsi Cara Lembutkan Hati Pasangannya

Image
Saat bercinta, memang semua terasa indah. Namun, kita hanya akan mengenali pasangan sepenuhnya setelah berkahwin. Membayangkan kehidupan rumah tangga yang terlalu bahagia tanpa ada sebarang ujian mungkin hanya ada di dalam drama atau filem sahaja. Realitinya, setelah bergelar suami isteri kita pasti melalui pelbagai asam garam rumah tangga. Salah satunya, berhadapan dengan pasangan yang keras kepala atau ego. Mungkin juga dalam hal ini suami isteri sama-sama perlu berubah untuk keharmonian rumah tangga yang berpanjangan. Setelah cuba bertolak ansur atau pelbagai cara lagi dilakukan namun masih juga berlaku tikam lidah, tidak sependapat atau salah faham. Terasa seperti pasangan susah mendengar kata, apa sahaja yang dikata, pasti dibangkang. Jadi bagaimanakah caranya untuk melembutkan hati pasangan kita? Satu petua yang dikongsikan oleh Afnan Rosli   di laman facebook yang mendapat hampir 30 ribu share dalam masa beberapa jam boleh dijadikan panduan untuk anda. Mungkin selama ini

Kepada 'Suami' Yang Suka Sangat Bergurau Nak Poligami Tu, Sila Baca & Hadam Nukilan Ini.. Hatgai Isteri Aanda

Image
Tercengang dengar luahan dan penyesalan sahabat saya ustaz Mohamed Iqbal Alivi tentang bergurau bab poligami dengan isteri. Baru-baru ni beliau baru sahaja mendapat seorang cahaya mata, comel anak dia. Lepas habis program di Pasir Gudang selepas solat semua ajak Ustaz Iqbal makan di asam pedas power Johor dan kami bersembang. Dia kata  "Lil.. lainlah dah ada anak ngan tak ada anak lagi.. Allahu." "Lil.. Aku bersama ngan isteri aku dalam bilik bersalin 8 jam nak tunggu baby keluar.. Isteri aku kata.." "Abang apa-apa berlaku jap lagi.. biar anak selamat.. apa-apa berlaku pada saya takpe.."  Aku menangis Lil, aku tengok dari mula sampai akhir bini aku bersalin, aku rasa Ya Allah, payahnya laa... Aku terus teringat mak aku Lil, aku lahir dulu besar 4 kg lebih, lagi teruk mak aku lahirkan aku..huhu. "Waktu kami berdua je.. Aku selalu bergurau dengan isteri aku nak kawin dua.. biar awak senang sikit.. saya kawin dua awak ada kawan... masa tu

''Bila Dapat Tahu Suami Kahwin Lain, Aku Langsung Tak Menangis'', Luahan Hati Seorang Isteri Ini Menyentuh Hati Netizen

Image
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Pergaduhan dan perselisihan faham dalam rumah tangga perkara biasa yang dilalui oleh setiap pasangan. Namun, apa yang lebih sakit apabila kepercayaan yang diberi kepada pasangan dikhianati.  Seperti kisah ini, rumah tangga yang dibina sekian lama goyah angkara orang ketiga. Biarpun beberapa kali perbuatan suaminya terbongkar, si isteri masih tetap bertahan walaupun terluka. Masih memaafkan mungkin kerana jauh di sudut hati masih sayang. Tetapi tidak untuk kali ini apabila si suami mengaku yang dia sudah berkahwin dengan wanita lain yang kononnya menepati ciri isteri idamannya selama ini. Meskipun si isteri tersenyum dan tiada setitis pun air mata, namun jauh di sudut hatinya pasti terguris. Mari kita ikuti coretan wanita ini seperti di bawah. Penulisannya jelas sekali menunjukkan hatinya sudah tawar dan kecewa dengan perbuatan suami. Semoga dapat memberi pengajaran dan peringatan buat semua agar menghargai pasang

''Kalau Jumpa Gadis Macam Nie, Tolong Bawa Mak Abah Jumpa Mak Dia Cepat'', Lelaki Ini Kongsi 13 Ciri Gadis Layak Dijadikan Isteri

Image
Memilih calon pasangan untuk 'dihalalkan', menjadi teman sehidup semati bukanlah perkara yang mudah. Wajah yang cantik dan tampan sahaja tidak cukup, tetapi perlu dilihat dari segala aspek pasangan tersebut layakkah untuk dibuat suami atau isteri. Sebagai seorang lelaki, memilih isteri adalah memilih ibu untuk anak-anak, pastinya kita menginginkan seorang isteri dan juga ibu yang terbaik. Isteri umpama tulang belakang yang akan terus menolak suami agar terus melangkah dalam apa jua keadaan pun. Bagaimana jika tersalah memilih isteri? Jika kita jatuh tersungkur, bukan sahaja dia membiarkan tetapi pergi jauh meninggalkan kita. Apa yang dikongsikan oleh  Azizul Azli Ahmad  di laman facebook yang mendapat lebih 5 ribu 'share' ini mungkin sahaja boleh dijadikan panduan untuk lelaki di luar sana. Kalau dah rancang untuk ke fasa seterusnya dengan pasangan, apa kata semak dulu 13 ciri ini, adakah ada pada bakal isteri anda? Kalau dah jumpa, jangan lepaskan, nanti rugi ! JAN

''Pakcik Nak Jual Telefon Nie, Nak Hantar Duit Untuk Anak Belajar Di Universiti'', Lelaki Kongsi Kisah Sedih Buat Netizen Sebak

Image
Ayah dan ibu sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anak-anak dapat hidup dengan selesa walaupun serba kekurangan. Mereka sanggup mengorbankan kepentingan sendiri agar anak-anak dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. Begitulah pengorbanan ayah dan ibu biarpun tidak terlihat oleh anak-anak. Seperti kisah yang dikongsikan oleh  Syahr Musafir  melalui laman facebooknya. Coretan lelaki ini pasti menjentik hati setiap dari kita. Manakan tidak, seorang ayah tua sanggup menebalkan muka, menjaja telefon usang miliknya untuk dibeli oleh sesiapa pun demi menangung perbelanjaan anak di universiti.  Mari kita ikuti kisah ini. Moga dapat dijadikan pengajaran oleh anak-anak di luar sana agar menghargai jasa ibu dan ayah hingga ke akhir hayat mereka. Selesai urusan membeli, saya keluar ke depan kedai. Seorang pak cik, saya agak usianya hampir 60 tahun, berbaju biasa berseluar trek lusuh menyapa saya,  "Assalamu'alaikum, maaf ganggu. Nak beli telefon tak?"